SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 6 March 2014

Pengenalan




Solat adalah satu perkataan yang asalnya datang dari Bahasa Arab. Perkataan solat sering digunakan oleh orang kita. Perkataan lain yang sering digunakan ialah sembahyang. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil prayer.
Solat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
(1) Solat fardhu (wajib/mesti dilakukan)
(2) Solat sunat (digalakkan untuk melakukannya, jika tidak lakukan, tidak menjadi dosa)
Kali ini kita nak cakap tentang solat fardhu atau solat yang mesti kita lakukan. Solat fardhu yang perlu kita lakukan seharian adalah;
1. Solat Subuh
2. Solat Zohor
3. Solat Asar
4. Solat Maghrib
5. Solat Isya’
Waktu-waktu untuk mengerjakan solat-solat ini telah ditentu ukur oleh jabatan agama islam di setiap Negara melalui ilmu astronomi. Untuk merujuk waktu-waktu solat ini, di Malaysia, akhbar-akhbar harian kita yang berbahasa melayu biasanya memaparkan waktu solat bagi setiap kawasan.

No comments:

Post a Comment